Sunday, June 3, 2012

ZIkrullah UBAT hati


              
                                 
                 Hati adalah raja dalam jasad seseorang anak Adam,termaktub dalam hadis pertama Imam Nawawi yang mengatakan hati yang ikhlas akan mendapat redha Allah,bukan sahaja pahala malah cinta Pencipta. Hati yang hidup juga dapat membuka makrifat mengenal kasih Allah serta dapat membentuk akhlak yang agung sepertimana yang Rasulullah (saw) mahukan bagi setiap pengikut agama Allah. Jika mahukan ketenangan serta kebahagian abadi,carilah di mana Allah di dalam hati kita. Suatu kata hikmah pernah menukilkan : 



kalau hati seperti bulan jangan dibiar ia gerhana,  
kalau hati seperti awan jangan dibiar mendung, 
kalau hati seperti air jangan dibiar ia keruh…



                 kenapakah zikrullah itu sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim?  Zikrullah bukan sahaja dapat membentuk perasaan ‘UBUDIYYAH yang sangat tinggi  kepada Allah malah dapat membenteng kita daripada melakukan maksiat kepada Allah. Namun,kita masih lagi berdepan dengan masalah apabila sesetangah umat Islam memandang zikrullah sebagai perkara yang enteng dan tidak penting. Mari kta soroti sejarah perjuangan dan kejayaan para sahabat Rasulullah (saw) terdahulu,mereka bukan sahaja hebat di medan perang malah mereka juga sangat hebat di medan ibadah mereka. Setiap hari tidak pernah lekang dari mengingati dan mengenal siapa Tuhan mereka contohnya Abu Addarda’,Rabiatul adawiyah serta imam Assyafie’.      
                     

Zikir terbahagi kepada 3 bahagian :
Zikir lidah              :   melafazkan
Zikir hati                :    menghayati
Zikir anggota         :    bertindak



                                                                                                                                                  

     Zikir hati ???
Apabila hati mukmin sentiasa merasai bahawa dirinya sangat lemah di sisi Allah, merasai wujudnya Allah sebagai tempat pergantungannya yang mutlak,merasai bahawa setiap ketentuan takdir adalah datang daripada Allah dan merasai bahawa setiap ketentuan yang datang daripada Allah itu ada hikmah dan kasih sayang Nya.

ADAB-ADAB BERZIKIR

Ø  Makan &minum drpd sumber yang halal
Ø  Ikhlas
Ø  Sentiasa bertaubat
Ø  Tidak terlalu kenyang
Ø  Rasa pengharapan kepada Allah
Ø  Kusyuk
Ø  Tawaddhu’
Ø  Tenang & tidak gopoh gapah
Ø  Berpakaian bersih & berwangi-wangian
Ø  Tempat yang bersih serta suci drpd hadas

Ajaibnya orang yang sentiasa mengingati Allah..! mereka bukan sahaja di sayangi Allah malah di cintai para malaikat serta segala isi dunia bahkan hati mereka sentiasa tenang bak mengalirnya deruan sungai yang damai. Jadi sahabat-sahabat sekalian, mulakan lah jadikan zikir suatu habit bukan kerana suruhan mahupan terpaksa,mulai saat ini tanamkanlah dalam hati suatu tekad untuk sentiasa berzikir kerana mencari cinta sang Pencipta..!

Template by:
Free Blog Templates