Thursday, January 14, 2010

MAN ANA...?

Mungkin apabila di tanya persoalan ini,kebanyakan kita akan menjawab bahawa mereka sudah kenal diri mereka.Namun,sejauh mana kah kita mengenali diri kita sendiri andai kita masih lagi di takuk yang lama? Sejauh mana kah kita menggunakan konsep MUHASABAH dalam hidup kita? Kenapa kita seringkali berputus asa,lemah semangat,rasa pedih dan pahit dalam rantaian perjuangan da’wah mahupun melayari kehidupan? Persoalan-persoalan ini sengaja ana bangkitkan agar kita sama-sama berfikir dan menilai diri kita…ya,kita hanya lah insan biasa yang kadang-kadang akan terbit jua rasa sedih,lemah semangat,berputus asa dan sebagainya….tapi,sedar lah sahabat-sahabat,RAHMAT ALLAH maha luas…Sudah pasti Dia akan menolong mu…Dia menguji mu bukan untuk membebankan mu,tapi,untuk mentarbiyah diri mu dan mengatakan pada mu bahawa Dia sentiasa bersama mu saat susah mahupun senang…Lupakah kita sebagai seorang hamba bahawa ujian itu tanda kasih dan tarbiyah Yang Maha Esa..? Sebenarnya Dia merindui sepasang mata darimu yang selalu merintih dan menangis meminta-minta KEAMPUNAN dari Nya…tapi,sedar kah kita akan hakikat ini..?
Mari kita kaji siapakah diri kita sebenarnya.. Andai di tanya siapa kah anda..? akal yang sihat dan rasional akan mengatakan “ saya adalah hamba ALLAH.” Tetapi kalau di tanya pada hati,apa perasaan anda pada ALLAH? Apa perasaan anda pada perintah-perintah ALLAH? Apa perasaananda terhadap hukum hakam ALLAH dan apa perasaan anda terhadap al-Qur’an , Kalam ALLAH?
Hati tidak merasa kebesaran dan keagungan ALLAH S.W.T. Hati tidak merasa di miliki ALLAH,hati tidak sepenuh nya menjunjung titah perintah ALLAH. Hati tidak merasa betapa bernilai nya al-Qur’an.Dek kerana tidak merasa betapa bernilai nya al-Qur’an kita jarang sekali membaca nya,kalau baca pun kita tidak berusaha untuk memahami nya…Dek kerana tidak menjunjung perintah ALLAH,kita sembahyang lewat dan tidak secara berjemaah.Kita tidak meletakkan keutamaan pada hukum hakam ALLAH.
Akal mengaku diri sebagai hamba ALLAH,namun,hati belum dapat menerima hakikat bahawa dia adalah hamba ALLAH,yakni dia adalah MILIK ALLAH…
Berbalik pada persoalan siapa diri kita,sebenarnya bukan akal yang memberi jawapan, yang menentukan jawapan siapa kita sebenarnya adalah hati dan perasaan kita ; ITU LAH HAKIKAT DIRI KITA SEBENARNYA… Apa yang anda rasa tentang ALLAH ,Pencipta dan Pemilik kehidupan ini? Apa yang anda rasa tentang kehidupan? Kalau hati kita belum mampu merasa kebesaran, keagungan dan kesempurnaan ALLAH S.W.T., ertinya hati kita kita belum benar benar berhubung dengan ALLAH. Jika kita tidak kenal ALLAH, mana mungkin kita menjadi hamba ALLAH…?
Kualiti hidup kita sebenarnya bergantung kepada kualiti hubungan kita dengan ALLAH. Hati iu adalah pusat penilaian ALLAH. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : “sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa kamu dan kulit kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu. ”
Hati itu merupakan pemimpin dan seluruh anggota itu adalah rakyatnya. Sabda RasuLULLAH S.A.W., “ Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging, jika keadaanya baik maka baik lah keseluruhannya, jika dalam keadaan rosak maka rosak lah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa itu adalah HATI. ” Dalam usaha kita hendak berubah menjadi lebih baik dan hebat, usaha itu hendaklah di fokuskan supaya hati kita sentiasa bermuafakat dengan kehendak ALLAH S.W.T . Iaitu apa yang ALLAH suka menjadi kesukaan kita dan apa yang ALLAH tidak suka menjadi kebencian kita .

Kalau hati kita sudah muafakat dengan kehendak ALLAH ertinya kita akan menjadi sangat teruja pada kebaikan dan akan benci walau sekecil manapun kejahatan .
Sekian sahaja daripada ana, moga-moga kita dapat berubah menjadi hamba ALLAH yang BENAR-BENAR BERSIFAT HAMBA… kalam akhir , marilah kitarenung-renungkan dan cuba tanya dalam hati kita…SIAPAKAH AKU SEBENARNYA..? salam perjuangan min srikandi Abu Bakar…

*CINTAILAH ILAHI…CINTA HAKIKI…CINTA DI REDHAI… DAN KEKAL ABADI...*

Template by:
Free Blog Templates