Sunday, December 4, 2011

Taklif dan tasyrif..mana pilihan imanmu...???



Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini,kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan atau al Qiadah bukanlah suatu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab ( taklif ) . Ini perlu di hayati dan di munasabahkan oleh kesemua bakal-bakal kepimpinan .



Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:


1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.



2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.



Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.



Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:




"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )



Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah MENGAPA TIDAK BEKERJA MENUNAIKAN AMANAH.




Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai hadaf tidak akan terjadi kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.


***srikandi Abu Bakar_UIAM

Thursday, November 24, 2011

Allah is within my heart



Suatu kenangan tidak akan hilang..walau seberat mana ujian dan dugaan yang menimpa..walau sepahit mana ujian yang merobek hati seorang mukmin..tidaklah kita di iktiraf sebagai hamba jika ujian sekecil ini tidak mampu di tongkah dengan jiwa yang keras. Kenangan….apatah lagi jika kenangan itu adalah yang terindah…umpama debuan bunga yang di tiup angin..tetap mampu menumbuhkan sekuntum bunga yang kembang seribu…jika ia berlabuh di dataran subur….walau hilang dari pandangan..kenangan masih tetap mewangi..membawa berjuta makna buat insan yang masih dalam kerinduan…rindu pada Tuhanku…..


My heart glimpses with tears rolling with thousands of sadness,


Looking hard towards the sky…


Hoping if there is any sunshine shining above the dimmed heart,


All pieces of sadness shattered all over the places,


Ruins everything…


How am I going to open the door of happiness….?


Please tell me how…teach me how….


Is it very hard even just for once….?


The sky will show the way….


The dimmed river will flow again….


The birds will sing…..a song of persuasions….


And….


The moon….stars…..and the wind…..will be there…for you…


As Allah may leave you not….


He is looking at you….


Not far…but really close enough…


To hold your heart tight…


Don’t let your heart carried away with the sadness….


Coz there is still HOPE…


Waiting to be revealed…..just wait….


Believe me...



>for those who wanna seeks happiness from Allah.._

>from me who still searching the greatest of His love...


****SAB_cinta Allah adalah segala2nya...

Saturday, November 19, 2011

This Is TAQWA..!




Alhamdulillah,thanks to Allah,i still have this gold oppurtunity to share something which is i think very important in our life. Something that we always tend to forget in our every day life yet it is very essential and our life won't be complete without this valuable value. My friends,that value is TAQWA=)



One day,'Umar radiyaAllahu 'anhu asked Ubayy bin Ka'ab radiyaAllahu 'anhu what taqwa was.Ubayy said , " O,'Umar have you walked down a path of thorns?" 'Umar said, " I pulled my clothes tightly and walked carefully to avoid the thorns." Ubayy bin Ka'b then said, "This is what taqwa is" (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-karim,I:42)



The following is a verse of the Qur'an: " Those that lower their voice in the presence of Allah's messenger,- their hearts has Allah tested for taqwa. For them is forgiveness and a great reward. Those who shout out to thee from without the inner apartments,most of them lack understanding." (Hujurat,49:3-4) This means that the courtesy we show towards the Prophet Muhammad saw,the fact that we follow his actions and way of life,and that we are aware of him,are all trials of taqwa for our souls,it is a chance to appreciate our love for him while being closer to Allah at the same time. So taqwa in our every day actions,from faith to good deeds,must be the garment of our souls.



A man came to the Prophet and said, " O Prophet of Allah,I am going on a journey. Will you pray for me?" The Prophet replied, "May Allah grant you taqwa." The man then said," O Prophet of Allah,pray a little more for me!" The Prophet responded," May Allah forgive your sins." The Companion said," O Messenger of Allah,pray a little more,may my mother and father be your ransom," The most noble of creation then said," May Allah grant you ease wherever you do good" ( Tirmidhi,Da'awat,44:3444)



The intent of these prayers was to convey the importance of taqwa; first he asked Allah to give taqwa to those who asked for a prayer,then he asked for forgiveness for their sins and ease in their good deeds. The reason he prayed in this away was that these things can only happen if a person has taqwa of the souls; without taqwa sins will not be forgiven nor can righteous deeds be carried out. This is why Allah wants us to be pious and put us through trials of taqwa in all of our actions and deeds.



Ikhlas is a necessary prequisites for good and actions to be accepted by Allah. Ikhlas is that these actions are performed solely for Divine acceptence with all egotistical intent eliminated. Ikhlas means protecting the heart from every kind of worldly gain in order to be closer to Allah . Ikhlas is such great blessing for actions that without it salvation is not possible . Actions without ikhlas are empty,deprived of all goodness. In essence,ikhlas is a secret of Allah and obtaining this secret through taqwa should be at the aim of every believer,because this is the basis of piety.


Well,I hope that we get lots of benefits from this article and practise this from heart to heart,because we're moeslims=) we need to advise our brothers and sisters if they did wrong. It's all for today and may Allah bless us all with His greatest mercy..amin..!



* kerana SYURGA hanya menerima keahlian insan yang HEBAT *
~ SAB_uiam~

Thursday, October 6, 2011

Epilog Sang Mufakkiroh


( Senja bakal menjelma )


Bermula kalungan doa pada sang mentari yang bakal berlabuh di ufuk langit…kedengaran suara beburung berterbangan pergi..pulang membawa secebis rezeki…..tika itu,awan yang memutih mula berubah… seolah turut sama mengikut rentak sang mentari…di manakah angin yang membawa khabar gembira itu menghilang…? Aku nantikan angin itu meniup kembali deruan murni……namun, angin itu tidak akan lagi meniupkan deruannya pada pepohon……pepohon yang selalu melambaikan senyuman ….tanda angin itu sudah berubah arah….. makin jauh menghilang… kian hilang dari pandangan…. Sang mentari pula bakal bertemu lautan yang bisa menenggelamkan rona cahayanya… meninggalkan lantunan panorama yang terbias indah… kenapa sang mentari tidak mahu menyinar lebih lama lagi? Bukankah Allah masih memberikan nya peluang untuk pergi jauh..? Adakah dengan biasan cahayanya itu mampu memberi kebahagiaan pada semua yang menatapnya..?


Aku mula meneropong jauh ke dalam pantai sambil menggenggam al-Qur’an al-muyassar itu….pemberian sahabatku …..memikirkan diri yang kian rapuh dengan dugaan Rabb… ujian yang datang bertimpa-timpa…Adakah perlu aku persoalkan keadilan Tuhan? Sedangkan Dial ah ALLAH,Tuhan yang Maha Adil pada hamba-hambaNya…..Bahkan Dia tidak sekali-kali menzalimi sekalian makhlukNya……


Deru ombak…pecah berderai…mengulang pantai datang dan pergi...begitulah jua situasi hati seorang manusia….lestari sebuah kebahagian tapi Allah jua lah sebaik-baik Perancang… Benar….Allah lah sebaik-baik Perancang… Apakah wasilah yang perlu ku harungi untuk capai sang mentari itu? Agar ia mampu memahami akan maksudku…? Walau ku tahu mungkin sudah terlambat…. Mungkin aku hanya mampu merenung jauh menikmati panorama biasan cahaya dengan lautan…..Aku sudah berusaha…….Mungkin belum kuat lagi…Mungkin belum mampu melangkah lebih pantas…..Aku hanya mampu berdoa dari jauh…Kerna ku tahu doa itu adalah senjata buat mu’min…yang mampu mengubah setiap takdir Tuhan…..Dengan izin Nya….


Aku menatap pepasir di tepi pantai……Adakah dosa aku seperti ini ya Allah…? Sebanyak pepasir di pantai…? Aku berusaha menjadi hamba Mu…..Kekadang aku jatuh tersungkur…Namun ku cuba bangun kembali ya Allah…Aku takkan biar permainan dunia meracuni tangkai hati ku…..Kerna aku sudah infaqkan jiwa raga ku pada Mu……Cuma…….maafkan lah aku jika kekadang aku mengeluh….Bukan kerana tidak tahan ujian….Tapi kerana penat memiliki kekuatan yang sedikit dalam berjuang….


Saat aku menjengah kearah kaki langit….Baru ku tersedar…Sang rembulan bakal menginjak naik……Tunggu dulu duhai rembulan……Biarlah aku menatap dulu sang mentari…….Tanpa biasan dari lautan itu…...Walau untuk sedetik masa…..Supaya ia tetap menyinar cahayanya…Seperti yang di rencanakan Allah pada nya….Sehinggalah tiba masa yang sesuai….. kerana aku mahu matahari itu tersergam di dada langit….membawa berita gembira buatku…dan buat insan yang lain juga......



Buat yang mengenali SAB…srikandi Abu Bakar_UIAM




Tuesday, September 13, 2011

NIQABs revolution






Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab...

1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.

2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.

3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.

4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.


Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.

Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.

Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).

Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.

Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:

عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين


Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.

Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.

KESIMPULAN

Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.

Wallahu a’lam


Rujukan:

Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134

Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610


Tuesday, April 12, 2011

hati di muara ketenangan




Aku menjalani kehidupanku seperti biasa pada awal pagi...sesudah menunaikan solat subuh berjema'ah bersama sahabat sebilik..masing-masing menghulurkan tangan memohon maaf,salam jama'ie... tambahan pula ada sahabatku yang bakal pulang ke kampung hari ini memandangkan dia akan habis menduduki peperiksaan pagi ni..aku pula masih ada last exam paper 16 april ni.."Ana yang paling last " Aku mengadu pada sahabatku dengan niat bergurau,"Insya Allah anti boleh buat punya" Sambil bersalam dia melemparkan senyuman yang menenangkan jiwaku.."Insya Allah" Jawabku ceria...


Tika kaki melangkah ke bilik,fikiranku menerawang...merancang jadualku hari ini...hari ini aku kena hantarkan borang permohonan zakat,sudah lama aku merancang nak hantarkan tapi disebabkan masalah-masalah yang berbangkit tak dapat aku menunaikan kewajipan itu seperti yang telah dirancang,..alhamdulillah semalam baru selesai proses nak melengkapkan borang. Borang yang ingin memberi bantuan kewangan pada palajar-palajar sepertiku..kehilangan ayah setahun lepas amat memeritkan kami sekeluarga..namun alhamdulillah,kami dapat mengharunginya dengan redha dan penuh kesabaran..Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat ke-2 : " Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman," dan mereka tidak di uji?" maha benarlah firmanNya... aku tidak mahu membebankan ibuku mahupun adik-baradik yang lain,jadi aku usahakan sumber kewanganku sendiri dengan harapan ia dapat membantuku serba sedikit...alhamdulillah ya Allah,aku berjaya mengurangi beban ibuku..!


Tika merebahkan diri di ruang pembacaan,tanganku mencapai satu buku kecil..bacaan wirid pagi serta doa daripada syeikh Abu Bakar bin Salim...bergetar jiwa saat menadah tangan..subhanaallah....hebatnya saat mengadu di depan Allah..Dia maha tahu segala kesakitan kita..Dia yang akan meringankan segala kesulitan kita...kerana Dia amat mencintai kita melebihi segala-segalanya... !


Seusai itu aku empowering laptopku...entah kenapa pagi ini rindu benarku untuk mendengar alunan selawat ummi...saat suara itu berkumandang..suara yang mendayu-dayu itu mengusik jiwaku....! seakan-akan merintih pilu kerana rindu yang tak dapat di bendung lagi pada Rasulullah SAW..... andai mampuku rungkaikan cinta ini pada Allah dan Rasulullah......Teringat satu bait daripada Rabiatul adawiyah saat dia mengungkapkan muara cinta dan rindunya kepada Allah..:


"Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi #

Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMU


Engkaulah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku #

Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau”


Begitu indah lakaran agung cinta Rabi’ah hingga mampu mencapai maqam tertinggi di sisi Allah s.w.t . Alangkah indahnya jika aku mampu menjadi sepertinya…hati ini takkan mudah berputus asa ya Allah kerana Engkaulah maksud hidupku..dan Engkau jualah kehendakku…


Tak lama lagi habislah semester 2 pengajian kami di universiti Islam Antarabangsa Malaysia… Terlalu banyak kenangan yang kami kongsikan bersama..segala pahit maung dalam perjuangan… kekadang terjatuh dari landasan kesufian..kekadang tergelincir daripada salik yang sebenar…namun Dia masih lagi membimbing kami dengan cahaya keabadian cinta..Maha Suci Allah yang menciptakan dan mematikan… Aku merenung jauh di luar tingkap…sinaran mentari memancarkan cahaya segar waktu pagi…memasuki celahan tingkap kami…Aku memandang wajah sekalian sahabat yang masih tekun belajar..ada yang masih mengambil peluang meggunakan masa ini on-line di internet..mencari ruang-ruang tarbiyah rohani berbentuk nasyid..aku tersenyum…


Semester depan pula menanti dengan penuh cabaran dan peluang..lebih banyak lagi taklifah atau tanggung jawab yang bakal aku pikul..aku mohon pertolongan Mu ya Allah agar aku terus tetap di jalan yang lurus… kekuatan yang Engkau titipkan dalam pertemuan cinta di sepertiga malam amat aku rindui… Tika itulah aku berkata-kata dengan Dia secara sendirian…meluahkan segala kepayahan dan kesulitan di siang hari..mengadu meminta redha dan kesabaran dari yang maha Esa.


ALLAH…ALLAH..ALLAH… zikir lisan..memecah keheningan pagi itu…


Allah berfirman dalam hadis Qudsi:


“ siapakah yang pernah mengharapkan Aku menghalau kesulitannya

lalu Aku kecewakan?”



“ siapakah yang pernah mengharapkan Aku kerana dosa-dosa yang besar,

lalu aku putuskan harapannya?”


“ siapakah pula yang pernah mengetuk pintuku tetapi tidak aku bukakan?”


Maha suci Allah…betapa Dia amat memandang kita selama ini…namun,pernahkah kita memandangNya walau seketika? Sama-samalah kita renungkan kembali..


“ Anti tengah buat apa?” Tanya ku akan sahabatku yang berada di compartment sebelah.. “Tanya khabar sahabat dari Yaman,sambil improve bahasa Arab ana” menarik..! aku menanyakan beberapa inti pati perbualan mereka… indahnya bersahabat kerana Allah..=) Moga-moga keterikatan hati ini bertaut di menara syahadah Mu ya Rabb…



Sekadar ini coretan diari semester kedua pengajian 2010/2011… jazakumulllahu khoiron kathiiro buat asaatizah dan sahabat-sahabat seperjuangan ana=) maafkan segala kesilapan ana sebagai teman yang masih memperbaiki diri….wa Allahu a’lam dan wassalam.


~cinta Allah,cinta hakiki….SAB







Friday, April 1, 2011

Sapaan Ilahi


Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:


Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?


Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran si anak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.


Satu ketika yang lain, sianak sakit. Si ibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.


Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.


Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.


Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”


Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.


Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)


Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?


Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.


Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.


Wallahua’la


titipan_Genta Rasa

Monday, March 28, 2011

Tika cinta Mu menyentuh hati ku..


Saudaraku,saat lidah basah mengucap zikir,dan apabila hati bergetar menyebut asma ul-husna,ketika mata deras mengalirkan mutiara kerinduan kepada Kekasih Allah yang mulia... di manakah nilai keinsafan yang wujud dalam hati yang penuh noda ini? andai..cinta kepada Pencipta tidak di semai,jangan harap pada perubahan ke arah kebaikan..Duhai hati..kenalilah siapa Pencipta mu.... Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.


3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.


5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).


6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.


7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.


8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.


9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.


10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

Rujukan: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Saturday, January 15, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Renungkanlah dengan mata hati...

Si musafir



Suatu pengalaman yang tidak bisa di rungkaikan oleh kata- kata tatkala diri ini teruji dengan mehnah tribulasi...betapa hebat nya Allah mencipta diri dalam menahan ujian yang mencengkam...kadang- kadang datang jua perasaan dalam sanubari…ya Allah...kenapa aku di uji..? mengapa terlalu berat ujian Mu ini kepada ku..? Tika bisikan ini mulai menerpa dalam pemikiran ku…pasti ada jawapan dari kalam Mu...Engkau jua lah yang menitipkan dalam hati ku akan jawapan ini…


Hebat nya kebergantungan sepenuhnya pada Allah…indahnya berMURAQABATULLAH… ya Allah…Bukan aku yang menggerakkan jasad ku ini ... bukan aku yang menggerakkan setiap jasadku untuk beribadah kepada Mu..tapi Engkau lah yang memberi daku kekuatan untuk mengungkap syukur pada Mu…. saat aku lemah atau kesesatan Allah lah yang member hidayah,membawa aku jalan pulang…..bergetar jiwa ini saat melafazkan kalimah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH… bukti lemah nya aku sebagai hamba… maka benar lah,aku tidak memiliki apa pun di dunia ini melainkan Engkau di hati ku…HASBI RABBI JALLAALLAH..MA FI QOLBI GHOIRULLAH…



Indah nya hidup dalam tarbiyah Mu ya Rabb..! aku belajar untuk memahami untuk di fahami…aku tidak mahu menjadi hamba Mu yang hanya menerima..aku jua adalah SIBGHATULLAH..memberi kerana Allah adalah AL-WAHHAB..bererti yang maha Pemberi kepada sekalian makhluknya..aku kian positif dalam kehidupan ku..berupaya membina tekad dalam diri bahawa pahlawan Islam bisa muncul kembali.. Bukan mitos tapi suatu realiti dalam memecahkan dunia fantasi... jiwa pejuang yang mengalir di segenap jasad ku akan bertakbir pada laungan kalimah ALLAHU AKBAR..!



Ya Rabb..aku tidak mampu membalas jasa Mu yang maha luas..kerana aku hamba FAQIIRUN ILA ALLAH..aku hanya mampu melakukan yang terbaik untuk MU…jasad aku letih Ya Allah..tapi roh ku tidak pernah lelah..roh ini telah ku infaqkan FI SABILILLAH.. air mata yang berderai ini tidak aku sia-siakan kecuali hanya pada menagih MARDHOTILLAH..



AKU MUNGKIN BIASA TAPI AKU ADA AGAMA ISLAM YANG SANGAT LUAR BIASA..!

MULIA KAMI KERANA ISLAM

ALLAHU AKBAR..!

Template by:
Free Blog Templates