Tuesday, November 9, 2010

KISAH AKU DAN ALLAH


Dalam menelusuri kehidupan yang penuh ranjau berduri,sayup mata memandang kerna jauhnya sebuah perhentian,kadang-kadang kita menghembukan nafas panjang tanda keletihan,bukan tidak redha dalam menyepakati taqdir Tuhan..tapi sebagai tanda lemah nya diri yang bertaraf hamba kepada Maha Pencipta… ya ALLAH…..


Pernah kah saudara berasa suatu saat keadaan amat susah dan perit untuk di lalui..? atau mungkin saudara akan kata ujian ini tidak terbanding dengan ujian hamba-hamba lain yang lagi hebat… Saudara,sebenarnya saudara sedang cuba menenteramkan hati bahawa ujianyand di lalui itu ringan walau hakikat nya jika di dasari ujian itu sangat hebat… Ayuh kita memandang ke sisi pandangan lain,pernah kah saudara merasai kesedihan yang di rasai sahabat saudara? Kekadang tahap ujian itu Allah berikan berlainan pada setiap hamba Nya…kita sangkakan mereka tersenyum tanda bahagia..tapi sebenarnya,mereka menyimpan pelbagai kesakitan…tapi..mereka sabar…begitu lah indah nya sifat mukmin..yang sebenar-benar mukmin…lidah nya terhias dengan bunga-bunga indah zikRULLAH… Ini lah yang ana cuba ingin kongsikan…apabila kita faham erti simpati, erti kesabaran,erti empati, erti ketabahan, erti keinsafan, erti muhasabah dan juga kesyukuran….


Lihat saja pada gambaran terdekat…seorang sahabat ini yang kehilangan ahli keluarga,tiada sumber kewangan yang mencukupi hingga terpaksa bekerja untuk sara kehidupan yang masih belajar, ibu nya yang kadang kadang sakit menyerang, dia keseorangan dalam menghadapi semua itu..namun,senyuman masih terpancar di wajah nya..apakah sumber kekuatan nya? Salah satu nya dia percaya pada rahmat ALLAH yang maha luas…Tuhan yang Maha Pengasih akan bersama hamba-hamba Nya yang sabar…Subhana ALLAH....


Saudara,mari lah kita sama-sama cuba mempelajari sesuatu daripada hamba ini yang sangat kerdil di sisi Tuhan nya…….. walau pun tidak banyak biarlah sekelumit dari hati yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH…bukakan lah hati mu…dan lapangkan lah dada….dengan nama Mu Ya Allah….


Saat aku bersama Mu Ya ALLAH….


Peristiwa pertemuan cinta antara hati seorang hamba dengan Maha Pencipta…


Tika takbir pembuka tirai pertemuan di laungkan….

Meresap masuk ke lubuk hati perindu cinta Ilahi..

Al-fatihah muqaddimah kalam….

Setiap kalimah di tutur penuh tertib dan tartil…

Keikhlasan menyelinap segenap jasad..

Butiran permata berderai saat ayat-ayat cinta Mu di bacakan..

Suasana seakan sepi dari unsur duniawi…

Seolah-olah semuanya bertasbih memuji keagungan Mu..

Saat ku rukuk….

SubhanALLAH…

Agung nya diri Mu ya ALLAH…!

Saat ku sujud….

AstaghfiruLLAH..

Lemahnya aku sebagai hamba Mu Ya ALLAH..!

Mula saat aku berpisah…

Seakan mahu ku panjang kan lagi pertemuan cinta kita ini Ya Rabb..

Namun ku tahu Engkau selalu mengawasi ku…

Tidak pernah diri ku bersendirian..walau sesaat mahupun sedetik..

Engkau lah sumber kekuatan ku saat ku lemah atau pun lelah…

Tika salam di hulurkan….

Hati ku menjadi tenteram dengan kehadiran Mu..

Ya Rabb…

Engkau hadiahkan aku SAKINAH….

MAWADDAH..

WA RAHMAH…

INDAHNYA BERCINTA DENGAN TUHAN…

_nukilan ikhlas_yang lemah di sisi Allah_SAB_

Template by:
Free Blog Templates