Tuesday, March 3, 2009

Hubungan hakikat diri dan dua kalimah syahadah

Bismillahirrohmanirrohim..... alhamdulillah...! bersyukur pada ALLAH SWT kerana memberi peluang dalam peruntukan masa bagi berdiskusi bab baru....baiklah,antum semua setuju tak kalu ana katakan bahawa,dalam mengenal ALLAH SWT perlu kepada mengenal diri sendiri...? Untuk lebih 'dekat' adalah dengan menggunakan perkataan m'rifatULLAH... ( awwaluddin ma'rifatULLAH)..Kenapa penting mengenal ALLAH SWT? tidak cukupkah dengan ilmu fardhu 'ain yang kita telah belajar semenjak sekolah rendah hingga menengah? Jawapannya ada pada diri antum sekalian,setakat mana amal ibadah sekalian pada ALLAH SWT hingga hari ini,setakat itu lah antum kenal ALLAH SWT...maksud ana,dengan mengenal ALLAH SWT lah kita dapat merasai betapa nikmat dan lazatnya beribadah kpd NYA...! sebnarnya jika kita kenal asal kejadian kita dgn lebih dekat kita akan sedar betapa HINA nya kita lantas membuatkan kita insaf betapa dhaif nya qudrat kita berbanding Maha Pencipta yakni ALLAH SWT,pemilik sekalian alam... ana sebenarnya nak berkongsi ilmu mengenai hubungan hakikat diri dan dua kalimah syahadah...kalu ada hamba ALLAH tanya apa kelebihan atau faedah nya ucap syahadah,kita seharusnya mampu merungkai satu persatu intisarisyahadah dengan kefahaman yang mutlak..ISLAM terbahagi kepada dua iaitu AQIDAH dan SYARIAH..aqidah di sini membawa erti berIMAN kepada ALLAH serta RASUL NYA... manakala syariah pula membawa maksud berAMAL dgn apa yang di tuntut oleh syara' yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah...kalu kita perhatikan dari sudut mengucap dua kalimah syahadah dgn lafaz asyhadu alla ilaha illa ALLAH;wa asyhadu anna MuhammadarrasulULLAH...ana ringkaskan lafaz pertama tadi dgn pengakuan IKHLAS yang bermaksud kita BERIMAN dgn mengaku ALLAH SWT sebagai Tuhan yang layak di sembah...manakala lafaz kedua pula bermaksud IBADAH dgn berpandukan sunnah RasullALLAH SAW... Jadi secara tak langsung dapat di sabitkan dgn pembahagian ISLAM itu sendiri...ISLAM ada dua pembahagian iaitu AQIDAH dgn erti lain BERIMAN bersesuaian dgn lafaz syahadah pertama,dan SYARI'AH dgn erti lain BERAMAL bersesuaian dgn lafaz syahadah kedua.... ALLAH SWT juga menekankan dua perkataan ini dalam kata yg berturutan iaitu mula2 kena beriman kemudian baru boleh beramal...antum sekalian boleh tengok sendiri dlm al-Qur'an dalam surah al-Baqarah (25)....antum tahu tak dalam azan pun ada konsep yang kita bincangkan sekarang ni? kalu antum faham betul2 tadi, tentu dpt 'nakat' (bahasa Qlate yg bermaksud betul2 faham) ;)...baiklah,syarat SAH amalan ada tiga yakni ISLAM,IKHLAS dan MENGIKUT NABI SAW ( ITTIBA' ).... sekarang ni ana nak kait kan dgn azan...bila bertakbir dgn laungan ALLAHU AKBAR bermaksud pengakuan yakni org ISLAM sahaja yang membesarkan dan mengaku ALLAH sebagai Tuhan semesta alam...jadi tersabitlah syarat pertama sah amalan tadi iaitu ISLAM,laugan kedua pula adalah lafaz syahadah pertama iaitu aku bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali ALLAH,berkait dgn syarat sah amalan kedua yakni IKHLAS, krn setiap amalan yg di tujukan lpd ALLAH adalah IKHLAS ( ikhlas kerana ALLAH- LILLAHI TA'ALA).... kemudian lafaz kedua pula aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH,berkait dgn syarat sah amalan ketiga yakni ITTIBA'...setiap amalan mestilah ikut sunnah nabi SAW... Kemudian penyeruan utk solat,krn dgn .solatlah akan mencukupi kesemua syarat2 tadi....( ISLAM,IKHLAS dan ITTIBA' ) selepas solat maka kita akan dapat al-falah di dunia dan akhirat...... hamdaALLAH,setakat ini shj utk kali ini,insya ALLAH kita akan munaqoshah lagi dalam bab2 baru... segala yg baik dr ALLAH SWT, dan kekurangan itu drpd kelemahan ana sendiri... Bolehlah kalu nak kongsi ilmu lg....;) wassalaMULLAH.

Template by:
Free Blog Templates