Saturday, October 16, 2010

Bidadari dunia yang mampu menggegarkan syurga


Alhamdulillah pada Allah yang arRahman dan arRahiim yang mengalirkan sifat Nya yang alWadud serta al Fatah hingga membuka jalan di hati pada kali ini membincangkan tajuk yang pada ana lain daripada yang lain…. Pertama, tahniah pada sahabat sahabat yang bakal membina baitul muslim tidak lama lagi… moga moga kalian dapat membina sebuah keterikatan hati yang mampu membina daulah Islamiyah yang agung nanti…amin,amin,amin….


Ana rasa sahabat sekalian sudah banyak kali mendengar ayat ini yang berbunyi begini “ Berdiri nya di belakang pemimpin yang agung,adalah wanita yang hebat peribadi nya”. Lihat sahaja lah pada Nabi Muhammad saw yang ada padanya adalah Khadijah serta Aisyah, pada Ali karramaALLAhu wajhah adanya Fatimah binti Muhammad saw, pada Ibrahim alaihissalam ada nya Hajar serta pada Yusuff alahissalam ada nya Zulaikha dan sebagainya. Sebenarnya,kesahihan fakta ini sudah terbukti dalam sejarah sejak berkurun lama nya lagi. Namun,muslimah yang bagaimana kah yang digariskan dalam Islam yang mempunyai perwatakan sebegitu? Ana tertarik pada ayat al-Qur’an surah an-Nuur ayat ke 31 yang menceritakan perkara-perkara yang perlu di jaga oleh muslimah mukminah dalam menjadi muslimah mukminah yang benar benar terpelihara kesucian nya…


Selalu nya bila sebut perkataan bidadari pasti kita teringat kan bidadari di syurga,banyak ayat al-Qura’n yang membicarakan kecantikan bidadari ini,bahkan di sebut dalam al-Qur’an juga para bidadari ini terpelihara daripada segala kecacatan lafzi dan maknawi. Mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk di jangkau imaginasi manusia yang terbatas. Kecantikan,kejernihan,kelembutan, dan kesempurnaan mereka mengatasi wanita di muka bumi ini..!


Antara ayat al-Qur’an yang membicarakan nya adalah dari surah ar-Rahman 55:58, Allah menyebut mereka dengan panggilan ‘ hur al-ain’,iaitu wanita yang bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik. Begitu indah dan jernihnya jasad mereka ,sehingga seakan-akan mereka itu seperti permata yakut dan merjan. Namun,sahabat-sahabat muslimat sekalian… bertuah nya kita kerana Allah tetap bagi kelebihan pada kita sebagai wanita dunia yang mukminah khusus nya yang menjaga ke’izzahan mereka dengan seribu macam kelebihan dan keistimewaan hingga di katakana kita dapat menjadi ketua bagi para bidadari tersebut. Sahabat ku yang ku sayangi,secantik mana pun para bidadari ini,namun wanita –wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. Siapa kah mereka itu? Iaitu mereka yang sentiasa berwudhu’,mendirikan solat serta taat pada suami mereka demi mencapai keredhaan Allah.


Allah telah memujuk hati kita duhai sahabat ku,dalam surah al-Waqi’ah 56: 35-36, Allah swt telah berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan.” Mereka akan di bangkitkan dan di satukan semula denga suami-suami mereka di dunia. Duhai hati-hati yang mencari erti redha Ilahi, titipkan lah kisah agung Maryam wanita suci,Sumayyah wanita bersifat pejuang,Hajar wanita yang sangat penyabar,Khadijah wanita yang sanggup berkorban harta dan nyawa,Aisyah wanita suci yang begitu faqih dalam agama,Rabiatul adawiyah wanita yang hanya bercinta dengan Tuhan nya…. Tidak mustahil duhai sahabat ku…andai diri mu mampu mengetuai Ainul Mardhiah…bidadari yang paling cantik di syurga… jika kamu mahu atau pun cuba untuk mencontohi srikandi-srikandi Islam tersebut.


Jangan mudah tertipu wahai sahabat hati ku dengan cinta dunia, buka kan lah mata hati mu,lihat lah pada kebenaran Islam itu sendiri, pandang dan lihat lah pada rahmat dan nikmat Nya yang terbentang luas… andai kita mampu melahirkan rasa syukur pada setiap masa,pasti dapat menimbulkan rasa cinta pada Allah itu sendiri… Percaya lah,Allah terlalu dekat dengan mu. Hingga kadang kadang kamu sendiri tidak menyedari nya…tapi, Dia tetap memberi kan mu yang terbaik dalam rona kehidupan mu,agar ada jua lukisan kanvas yang berwarna warni dalam diari kehidupan mu... Berusaha lah untuk mengenali diri untuk mengenali Tuhan mu yang Maha Pengasih dan Penyayang itu…insya Allah,pasti di kau temui betapa indah nya bercinta dengan Nya..!


“ Kanvas cinta ini terlukis wajah Muslimah,

Yang hidup nya berhemah,

Yang kiasan rindunya tidak akan lemah…

Walau di hunus 1000 mehnah…

Pada hijab rindu terserlah pada qalam,

Dia lah muslimah acuan al-Qur’an…

Apabila ombak rindu mula mengemis,

Rasa kasih terkapai mencari makna…

Gemersik rayuan bagai penawar lara…

Lalu sejalur Nuur menerangi…

Memimpin haluan,

Akhirnya ku temui hakikat cinta agung,

CINTA ILAHI….” _srikandi Abu Bakar

Template by:
Free Blog Templates