Tuesday, December 29, 2009

BAHTERA KESUFIAN

Assalamu'alaikum...
salam penuh penghayatan dalam tirai perjuangan buat sahabat-sahabat ana yang berjuang demi ISLAM...
Maaf kan ana kerana telah lama tidak mencoretkan apa-apa perkhabaran dalam menitip pengisian rohani.. ALLAHU YA SYAKUR...kerana telah memberi ana sedikit kelapangan dalam kesibukan berda'wah dan menuntut ilmu... sebenarnya, kelapangan ini merupakan nikmat kurnian ALLAH SWT pada ana dalam bermuhasabah diri serta mengenal ALLAH Subhanahu wata 'ala...
Firman ALLAH : " Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang yang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan ALLAH, lalu membunuh atau terbunuh " (surah at-Taubah 9:111)
Daripada ayat ini dapat lah kita faham bahawa,perjuangan itu bukanlah senang, apatah lagi mudah untuk kita tuturkan dari segi tafsiran mahupun pelaksanaan,kerana ia memerlukan pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan ini bukan saja tertumpu pada infaq harta mahupun tenaga,bahkan juga jiwa dan raga juga terpaksa di korbankan demi MardhoTILLAH...Pesan ana,jangan lah mudah mengatakan kalah dalam perjuangan.. Berjuang lah dan terus berjuang...!
Sahabat,
Baru-baru ini,ana telah di jemput ALLAH SWT ke sebuah tempat yang tak pernah ana jangkakan...sebuah tempat yang penuh dengan erti kedamaian,penduduk nya berpusu-pusu dalam beribadah,mereka semua mencari REDHA ALLAH..! SUBHANAALLAH...!!!
Jemputan ini bukan lah di rancang ana,TAPI ALLAH MAHA TAHU akan urusan hamba-hambaNYA..DIA telah membawa ana menjelajah kembara sufi di sebuah perkampungan yang agak terpencil di Selangor. Penduduk di sini saling bekerjasama,mereka tidak mementingkan diri,sangat mementingkan ukhwah di kalangan mereka, hinggakan ana yang baru datang pun,terasa seakan sudah lama menetap di situ..! kami seperti adik beradik...Saat itu ana terfikir,mungkin ini lah gambaran persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar yang RasulULLAH SAW padukan semasa berhijrah.
Ana tidak lepaskan peluang untuk mengikuti solat berjemaah di situ,kelihatan ramai jema'ah yang datang memenuhi ruang soff hadapan...golongan tua dan dewasa mahupun kanak-kanak membentuk soff dengan teratur tanpa perlu di ajak kehadapan...bau minyak attar dari soff Muslimin menjadikan suasana solat lebih tenang..apatah lagi suara imam yang sangat merdu dan fasih bacaannya... sebelum masuk waktu,mereka isikan dengan selawat dan zikir..selepas solat,mereka dirikan solat-solat sunat beserta sujud syukur...ana tergamam apabila selesai beribadah masing-masing membuat halaqah dan berzikir secara beramai-ramai...bukan untuk satu solat fardhu sahaja tapi untuk setiap solat fardhu...! Masya ALLAH...
ana amat insaf,apabila melihat golongan tua yang khusyu' beribadah kerana ALLAH... ini lah tarbiyah daripada ALLAH pada ana...ALLAHU YA WAHHAB....
Setakat ini sahaja perkongsian ana buat sahabat-sahabat FILLAH,moga-moga ALLAH meletakkan kita di kalangan hamba-hambaNya yang kuat beribadah dan mencari REDHA ALLAH SWT...ingat lah sahabat sekalian,IKHLASKAN LAH NIAT DALAM SETIAP PERKARA,yang penting REDHA ALLAH,KALU ALLAH TAK REDHA,SEMUANYA TAK BERGUNA LAGI...
WassalamULLAH....SALAM MIN Srikandi Abu Bakar.....

Wednesday, October 7, 2009

....TAWAKKAL....

RasuLLAH S.A.W bersabda : " Mereka yang mempunyai hati nurani ( sifat tawakkal ) seperti seekor burung ( yg mencari makan setiap hari ),pasti dia di masukkan ke dalam syurga." HADIS RIWAYAT MUSLIM

sahabat sahabat,sekarang ini ana akan berkongsi tip-tip tawakkal dalam rezeki... :

  • rezeki yg datang di peroleh drpd ALLAH dan di pinjamkan sementara kpd manusia.
  • rezeki yang di peroleh hanya lah nikmat dunia yg bersifat sementara.Rezeki yg di nikmati sekarang tidak bernilai di akhirat.
  • rezeki bukan sahaja NIKMAT,pada masa yang sama adalah UJIAN.
  • rezeki bukan sahaja berbentuk material sprt harta benda,malah juga berupa kemanisan dalam ibadah,kesihatan,anak anak yg soleh,ketenangan dan sebagainya.
  • ALLAH berhak memberi dan menahan rezeki pada sesiapa sahaja.
  • rezeki yg ada dalam tangan kita,bukan milik kita sepenuhnya,malah ada hak orang lain,iaitu melalui zakat dan sedekah.

suatu keajaiban dalam ISLAM,semakin banyak yang di beri,semakin banyak akan kita perolehi nanti,bukannya semakin susut.Ibarat berjalan berkaki ayam,tapak kaki bukan semakin haus,malah semakin tebal.

wa ALLAHU a'lam....

Saturday, July 11, 2009

ASTAGHFIRULLAH...!!!

BismILLAHirrohmanirrohim.....alhamduLILLAH,syukur kepada ALLAH SWT yang memudahkan perjalanan hidup hamba2 NYA.... ana mahu meminta maaf krn sudah lama tidak mengukir pena da'wah dlm ruangan ini...sebenarnya,baru2 ini ana d kejutkan berita kematian abi ana yang baru seminggu menyahut seruan ILAHI.....InnLillahi...abi ana telah tiada pada hari jumaat pukul 4.10 ptg d hospital kota bharu....... kini,ana dan keluarga masih lg dlm kesedihan namun redha pd ketentuan ALLAH SWT.....mungkin ini adalah yang terbaik buat kami..... di sini ana mahu berkongsi pengalaman tarbiyah ALLAH SWT kpd ana sepanjang berada d sisi abi yg sakit tenat......moga2 dpt menjadi pengajaran buat shbt2 sekalian..... mulanya,kami tak menyangka perubahan pd bentuk jasad pd abi adalah penanda bahawa dia akan ergi meninggalkan kami buat selama2nya......abi sangat tegas,amat teliti akan perihal anak2nya dan amat mementingkan ilmu agama pd kami sekeluarga,dialah yg memberi d saat kami memerlukan,dialah pengisi d sasat kami kekosongan.....d ibaratkan hidup kami meriah bersamanya..........syukur pd ALLAH SWT yg memberikan abi pd kami....... pada bulan 3 tahun 2009,bermulalah cuti sem 2 bg ana,dan di saat ini juga lah bermulanya merebak nya penyakit yg d tanggung abi.......jasad abi makin susut setiap hari,tapak kakinya membengkak.....kami mula menyedari akan perubahan ini,sungguh sebentar sekali penyakit ini menyerang...! dalam masa sebulan abi dah makin teruk,perutnya seakan membuyung........ pilu hati ana melihat abi menderita sendirian........ hinggalah suatu malam,abi muntah darah saat jam menghampiri jam 12 tengah malam....."kakak,ummi panggil...!" ana terkejut mendengar suara adik bongsu memanggil nama ana.......lantas ana terus ke bilik ummi abi setelah meminta izin....... malam itu juga abi di masukkan ke hospital kelaburan d Tumpat,Kelantan.......ana terkedu..... keesokan pagi ana dan ummi menaiki ambulan untuk menghantar abi ke hospital kota bharu krn penyakit abi yg serius.......dan di sini lah ana belajar erti kesusahan hidup insan lain..... ! subhanaALLAH...! d sini lah ana belajar menjadi anak yg benar2 ikhlas,sabar dan redha.....demi ALLAH,bukan mudah shbt2 sekalian......kita mampu berkata,"insyaALLAH,ana boleh..." tapi,cuba lah rasai sendiri nikmat ikhlas,sabar dan redha sebenar2nya.....pasti kita dapat mengalirkan air mata d saat getaran nikmat ini menjengah qalbu kita......ana berkenalan dgn ramai mak cik dan rakan2 seangkatan umur utnmenyelami masalah mereka sambil menunggu d bilik menunggu d saat kami tak d benarkan melawat krn masa nya yg tamat........ pertam,seorang mak cik yg sudah seminggu menunggu suami nya d hospital,senyuman nya yg redup dan menyejukkan menarik minat ana utk menegurnya,perbualan yg mula nya biasa bertukar peribadi,suaminya sdg koma krn serangan jantung akibat terkejut akan kematian anaknya yg kemalangan......astaghfiRULLAH......! ana amat kagum akan ketabahan mak cik ini yg seakan benar2 redha akan taqdir ALLAH SWT padanya,malahan dia amat peramah d antara pengunjung yg tiba.....keramahan nya menyembunyikan kesedihan nya.....! kedua, seorang wnita warga Indonesia,ana suka berukhwah sambil berda'wah...ada peluang saja,insyaALLAH....! dia seorang bibit (org gaji ) bg majikan nya yg terlantar sakit serangan jantung,setelah berkenalan,ana dapat tahu akan kesusahan hidup nya d jakarta,indonesia hingga memaksa dia bekerja d Malaysia,dia berumur awal 50-an,mempunyai anak yg bekerja buruh d sana,dia tiada saudara mara d Malaysia,namun,saudara mara d sana jg tidak mempedulikan nya,dia juga sedih dgn sikap segelintir rakyat Malaysia yg memandang hina pd nya,,,,,,,ya ALLAH, ana belajar sesuatu dgn nya,dalam berukhwah perlu ikhlas.....! byk lg kisah2 yg memberi santapan rohani pada ana ktk bersama abi....saat ini jugalah ana belajar erti sbnr kasih sayang dlm keluarga.....adik ana seorang hafiz jg berdoa sambil mengalirkan air mata d sisi abi,ktk kami d samping abi.......ana lah yg berjaga malam bersama ummi menjaga abi,kami adik beradik lah yg setiap masa berulang alik ke hospital melawat abi......semuanya krn ALLAH SWT, kami amat sayang abi....! hospital d katakan rumah kedua kami..... rumah kami amat sepi,sunyi....! ana lah yang menguruskan rumah kami yang kadang2 tak berpenghuni...... ana lah yang menjadi suri rumah ke dua ktk ummi bersama abi. Bermula drpd membasuh,mencuci,memasak dan sebagainya.....krn ALLAH..... bersambung....

Tuesday, March 3, 2009

Hubungan hakikat diri dan dua kalimah syahadah

Bismillahirrohmanirrohim..... alhamdulillah...! bersyukur pada ALLAH SWT kerana memberi peluang dalam peruntukan masa bagi berdiskusi bab baru....baiklah,antum semua setuju tak kalu ana katakan bahawa,dalam mengenal ALLAH SWT perlu kepada mengenal diri sendiri...? Untuk lebih 'dekat' adalah dengan menggunakan perkataan m'rifatULLAH... ( awwaluddin ma'rifatULLAH)..Kenapa penting mengenal ALLAH SWT? tidak cukupkah dengan ilmu fardhu 'ain yang kita telah belajar semenjak sekolah rendah hingga menengah? Jawapannya ada pada diri antum sekalian,setakat mana amal ibadah sekalian pada ALLAH SWT hingga hari ini,setakat itu lah antum kenal ALLAH SWT...maksud ana,dengan mengenal ALLAH SWT lah kita dapat merasai betapa nikmat dan lazatnya beribadah kpd NYA...! sebnarnya jika kita kenal asal kejadian kita dgn lebih dekat kita akan sedar betapa HINA nya kita lantas membuatkan kita insaf betapa dhaif nya qudrat kita berbanding Maha Pencipta yakni ALLAH SWT,pemilik sekalian alam... ana sebenarnya nak berkongsi ilmu mengenai hubungan hakikat diri dan dua kalimah syahadah...kalu ada hamba ALLAH tanya apa kelebihan atau faedah nya ucap syahadah,kita seharusnya mampu merungkai satu persatu intisarisyahadah dengan kefahaman yang mutlak..ISLAM terbahagi kepada dua iaitu AQIDAH dan SYARIAH..aqidah di sini membawa erti berIMAN kepada ALLAH serta RASUL NYA... manakala syariah pula membawa maksud berAMAL dgn apa yang di tuntut oleh syara' yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah...kalu kita perhatikan dari sudut mengucap dua kalimah syahadah dgn lafaz asyhadu alla ilaha illa ALLAH;wa asyhadu anna MuhammadarrasulULLAH...ana ringkaskan lafaz pertama tadi dgn pengakuan IKHLAS yang bermaksud kita BERIMAN dgn mengaku ALLAH SWT sebagai Tuhan yang layak di sembah...manakala lafaz kedua pula bermaksud IBADAH dgn berpandukan sunnah RasullALLAH SAW... Jadi secara tak langsung dapat di sabitkan dgn pembahagian ISLAM itu sendiri...ISLAM ada dua pembahagian iaitu AQIDAH dgn erti lain BERIMAN bersesuaian dgn lafaz syahadah pertama,dan SYARI'AH dgn erti lain BERAMAL bersesuaian dgn lafaz syahadah kedua.... ALLAH SWT juga menekankan dua perkataan ini dalam kata yg berturutan iaitu mula2 kena beriman kemudian baru boleh beramal...antum sekalian boleh tengok sendiri dlm al-Qur'an dalam surah al-Baqarah (25)....antum tahu tak dalam azan pun ada konsep yang kita bincangkan sekarang ni? kalu antum faham betul2 tadi, tentu dpt 'nakat' (bahasa Qlate yg bermaksud betul2 faham) ;)...baiklah,syarat SAH amalan ada tiga yakni ISLAM,IKHLAS dan MENGIKUT NABI SAW ( ITTIBA' ).... sekarang ni ana nak kait kan dgn azan...bila bertakbir dgn laungan ALLAHU AKBAR bermaksud pengakuan yakni org ISLAM sahaja yang membesarkan dan mengaku ALLAH sebagai Tuhan semesta alam...jadi tersabitlah syarat pertama sah amalan tadi iaitu ISLAM,laugan kedua pula adalah lafaz syahadah pertama iaitu aku bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali ALLAH,berkait dgn syarat sah amalan kedua yakni IKHLAS, krn setiap amalan yg di tujukan lpd ALLAH adalah IKHLAS ( ikhlas kerana ALLAH- LILLAHI TA'ALA).... kemudian lafaz kedua pula aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH,berkait dgn syarat sah amalan ketiga yakni ITTIBA'...setiap amalan mestilah ikut sunnah nabi SAW... Kemudian penyeruan utk solat,krn dgn .solatlah akan mencukupi kesemua syarat2 tadi....( ISLAM,IKHLAS dan ITTIBA' ) selepas solat maka kita akan dapat al-falah di dunia dan akhirat...... hamdaALLAH,setakat ini shj utk kali ini,insya ALLAH kita akan munaqoshah lagi dalam bab2 baru... segala yg baik dr ALLAH SWT, dan kekurangan itu drpd kelemahan ana sendiri... Bolehlah kalu nak kongsi ilmu lg....;) wassalaMULLAH.

Wednesday, January 21, 2009

Keperitan dalam medan da'wah


BismiLLAHIrrohmanirrohim....dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi MAHA Penyayang.....ana berlindung drpd segala gangguan musuh2 ALLAH SWT...selawat serta salam pada Muhammad SAW... ALHAMDULILLAH....! Akhirnya ana sempat jua coretkan sedikit tentang kerja2 da'wah ana d laman ana yang masih di peringkat permulaan...Ana bukanlah seorang yang kuat mujahadahnya namun,kekuatan dan tinggi hajat untuk berda'wah dan memberi tarbiyah sudah lama subur dalam fuaad ana semenjak kecil lagi,hamdaALLAH, syukron ana ucapkan pada ummi dan abi yang banyak memberi asuhan nilai2 Islami pada ana yang serba dhaif....kini,ana sudah faham taklifah yang ALLAH SWT telah sandarkan kpd kita sebagai hamba NYA yang di cipta di atas muka bumi ini.Ana kini menuntut di sebuah universiti dan berjurusan dalam lughah Arobiyyah...biasanya kita akan dengar kerja2 da'wah ni tertumpu pada luar kampus,maksud ana yang lebih di beri pengkhususan kpd masyarakat global dan hanya memandang ringan pada golongan mahasiswa/wi,namun hakikatnya.... pandangan yang serius perlulah di titik beratkan juga pada golongan ini kerana daripada merekalah lahirnya gelombang muttaqin dan mu'minin....inilah yang ana hadapi sekarang...boleh di katakan setiap detik ana akan hadiri musyawaroh bersama kepimpinan sama ada sof muslimin dan sof muslimat...semuanya atas tujuan yang satu yakni ingin sebarkan da'wah dan tarbiyah Islamiyyah pada golongan mahasiswa/wi....yang paling UTAMA adalah untuk mencapai MARDHOTILLAH....sahabat akhowat pernah bertanya pada ana tentang sampai bila kita begini.....ana tahu akan kekhuatirannya,ana tersenyum dan berkata "kita akan berjuang hinggalah Islam itu tertegak dengan manhaj yang hakiki,sama ada kita syahid atau tidak,kalau mati syahid biarlah kita mati bersama-sama..." begitulah aura mujahadah kami di kampus....alhamduLILLAH,kami dapat bertahan hingga sekarang.Jika di ikutkan banyak dugaan yang ana terpaksa hadapi,pernah juga rasa berputus asa,tapi ingatlah wahai sahabat ana sekalian,andai Islam itu tak mampu tertegak atas sebab alasan dan malasnya bermujahadah drpd kita,maka selama itulah kita menanggung dosa.ALLAH SWT pernah berfirman bahawa Dia takkan mengubah sesuatu kaum hinggalah kaum itu mengubah dirinya sendiri....perasaan malas dalam berjuang adalah perkara biasa,jika kita hayati konsep Islam yang sebenar2 nya,ana yakin kita takkan sesekali rasa itu adalah suatu bebanan...ummi ana pernah meluahkan rasa takut dan bimbangnya pada ana akan penglibatan ana pada wasilah da'wah ini,hanya satu perkataan sahaja ana katakan pada ummi ana yakni ( IN TANSURULLAH,YANSURKUM ) dari situ lahirlah quwwah yang 'izzah pada seluruh usroh dan para sahabat akhowat ana,alhamduLILLAH..... rahsia ana untuk terus thabat dalam da'wah dan tarbiyah ini adalah istiqomah dalam qiamullail,solat sunat dhuha,membaca al-Ma'thurat dan menghafaz al-Qur'an.....inilah nasrULLAH kepada ana selama ini.....suka ana petikkan kata2 drpd ustaz ana sendiri iaitu "Sesungguhnya kampung asal kita bukanlah dunia tapi di syurga,namun,kerana syaitan durjana...kita di lemparkan di dunia " saat itu ana menanam cita2 untuk pulang ke 'kampung' ana yakni di jannah Firdausi....matlamat ana hanya ingin melamar mahabbah ALLAH SWT...kerna Dialah kekasih abadi kita....sejauh mana keberhasilan dalam da'wah atau perjuangan banyak di lihat pada sejauh mana kebergantungan (tawakkal) pada ALLAH SWT.....selain itu,kita juga mestilah membuat persediaan yang sepatutnya sebagai seorang da'ie yakni dengan berilmu dalam segenap perkara.ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud " Bersiaplah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa yang kamu sanggupi " ana sendiri walaupun takhossus billughah Arobiyyah,ana juga mempelajari serba sedikit ilmu undang2,ekonomi dan perubatan....jika di ikutkan juga,waktu sekarang ana perlu tanzimkan kerja2 da'wah ana,tapi atas rasa mujahadah ana rasa da'wah perlu lebih meluas,bukan kampus sahaja tapi seluruh masyarakat...asifah jiddan,jika setiap tutur bicara ana tadi membuatkan sesetengah daripada sahabat terasa,ana hanyalah insan yang lemah,segala yang baik itu datang daripada ALLAH SWT sendiri....sebelum ana noktahkan kalam,marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia....moga ISLAM akan tertegak dengan laungan ALLAHU AKBAR......!!! salam mujahadah min ana,Hana azzahra'

Template by:
Free Blog Templates