Tuesday, April 12, 2011

hati di muara ketenangan




Aku menjalani kehidupanku seperti biasa pada awal pagi...sesudah menunaikan solat subuh berjema'ah bersama sahabat sebilik..masing-masing menghulurkan tangan memohon maaf,salam jama'ie... tambahan pula ada sahabatku yang bakal pulang ke kampung hari ini memandangkan dia akan habis menduduki peperiksaan pagi ni..aku pula masih ada last exam paper 16 april ni.."Ana yang paling last " Aku mengadu pada sahabatku dengan niat bergurau,"Insya Allah anti boleh buat punya" Sambil bersalam dia melemparkan senyuman yang menenangkan jiwaku.."Insya Allah" Jawabku ceria...


Tika kaki melangkah ke bilik,fikiranku menerawang...merancang jadualku hari ini...hari ini aku kena hantarkan borang permohonan zakat,sudah lama aku merancang nak hantarkan tapi disebabkan masalah-masalah yang berbangkit tak dapat aku menunaikan kewajipan itu seperti yang telah dirancang,..alhamdulillah semalam baru selesai proses nak melengkapkan borang. Borang yang ingin memberi bantuan kewangan pada palajar-palajar sepertiku..kehilangan ayah setahun lepas amat memeritkan kami sekeluarga..namun alhamdulillah,kami dapat mengharunginya dengan redha dan penuh kesabaran..Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat ke-2 : " Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman," dan mereka tidak di uji?" maha benarlah firmanNya... aku tidak mahu membebankan ibuku mahupun adik-baradik yang lain,jadi aku usahakan sumber kewanganku sendiri dengan harapan ia dapat membantuku serba sedikit...alhamdulillah ya Allah,aku berjaya mengurangi beban ibuku..!


Tika merebahkan diri di ruang pembacaan,tanganku mencapai satu buku kecil..bacaan wirid pagi serta doa daripada syeikh Abu Bakar bin Salim...bergetar jiwa saat menadah tangan..subhanaallah....hebatnya saat mengadu di depan Allah..Dia maha tahu segala kesakitan kita..Dia yang akan meringankan segala kesulitan kita...kerana Dia amat mencintai kita melebihi segala-segalanya... !


Seusai itu aku empowering laptopku...entah kenapa pagi ini rindu benarku untuk mendengar alunan selawat ummi...saat suara itu berkumandang..suara yang mendayu-dayu itu mengusik jiwaku....! seakan-akan merintih pilu kerana rindu yang tak dapat di bendung lagi pada Rasulullah SAW..... andai mampuku rungkaikan cinta ini pada Allah dan Rasulullah......Teringat satu bait daripada Rabiatul adawiyah saat dia mengungkapkan muara cinta dan rindunya kepada Allah..:


"Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi #

Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMU


Engkaulah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku #

Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau”


Begitu indah lakaran agung cinta Rabi’ah hingga mampu mencapai maqam tertinggi di sisi Allah s.w.t . Alangkah indahnya jika aku mampu menjadi sepertinya…hati ini takkan mudah berputus asa ya Allah kerana Engkaulah maksud hidupku..dan Engkau jualah kehendakku…


Tak lama lagi habislah semester 2 pengajian kami di universiti Islam Antarabangsa Malaysia… Terlalu banyak kenangan yang kami kongsikan bersama..segala pahit maung dalam perjuangan… kekadang terjatuh dari landasan kesufian..kekadang tergelincir daripada salik yang sebenar…namun Dia masih lagi membimbing kami dengan cahaya keabadian cinta..Maha Suci Allah yang menciptakan dan mematikan… Aku merenung jauh di luar tingkap…sinaran mentari memancarkan cahaya segar waktu pagi…memasuki celahan tingkap kami…Aku memandang wajah sekalian sahabat yang masih tekun belajar..ada yang masih mengambil peluang meggunakan masa ini on-line di internet..mencari ruang-ruang tarbiyah rohani berbentuk nasyid..aku tersenyum…


Semester depan pula menanti dengan penuh cabaran dan peluang..lebih banyak lagi taklifah atau tanggung jawab yang bakal aku pikul..aku mohon pertolongan Mu ya Allah agar aku terus tetap di jalan yang lurus… kekuatan yang Engkau titipkan dalam pertemuan cinta di sepertiga malam amat aku rindui… Tika itulah aku berkata-kata dengan Dia secara sendirian…meluahkan segala kepayahan dan kesulitan di siang hari..mengadu meminta redha dan kesabaran dari yang maha Esa.


ALLAH…ALLAH..ALLAH… zikir lisan..memecah keheningan pagi itu…


Allah berfirman dalam hadis Qudsi:


“ siapakah yang pernah mengharapkan Aku menghalau kesulitannya

lalu Aku kecewakan?”



“ siapakah yang pernah mengharapkan Aku kerana dosa-dosa yang besar,

lalu aku putuskan harapannya?”


“ siapakah pula yang pernah mengetuk pintuku tetapi tidak aku bukakan?”


Maha suci Allah…betapa Dia amat memandang kita selama ini…namun,pernahkah kita memandangNya walau seketika? Sama-samalah kita renungkan kembali..


“ Anti tengah buat apa?” Tanya ku akan sahabatku yang berada di compartment sebelah.. “Tanya khabar sahabat dari Yaman,sambil improve bahasa Arab ana” menarik..! aku menanyakan beberapa inti pati perbualan mereka… indahnya bersahabat kerana Allah..=) Moga-moga keterikatan hati ini bertaut di menara syahadah Mu ya Rabb…



Sekadar ini coretan diari semester kedua pengajian 2010/2011… jazakumulllahu khoiron kathiiro buat asaatizah dan sahabat-sahabat seperjuangan ana=) maafkan segala kesilapan ana sebagai teman yang masih memperbaiki diri….wa Allahu a’lam dan wassalam.


~cinta Allah,cinta hakiki….SAB







Friday, April 1, 2011

Sapaan Ilahi


Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:


Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?


Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran si anak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.


Satu ketika yang lain, sianak sakit. Si ibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.


Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.


Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.


Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”


Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.


Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)


Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?


Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.


Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.


Wallahua’la


titipan_Genta Rasa

Template by:
Free Blog Templates