Tuesday, December 29, 2009

BAHTERA KESUFIAN

Assalamu'alaikum...
salam penuh penghayatan dalam tirai perjuangan buat sahabat-sahabat ana yang berjuang demi ISLAM...
Maaf kan ana kerana telah lama tidak mencoretkan apa-apa perkhabaran dalam menitip pengisian rohani.. ALLAHU YA SYAKUR...kerana telah memberi ana sedikit kelapangan dalam kesibukan berda'wah dan menuntut ilmu... sebenarnya, kelapangan ini merupakan nikmat kurnian ALLAH SWT pada ana dalam bermuhasabah diri serta mengenal ALLAH Subhanahu wata 'ala...
Firman ALLAH : " Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang yang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan ALLAH, lalu membunuh atau terbunuh " (surah at-Taubah 9:111)
Daripada ayat ini dapat lah kita faham bahawa,perjuangan itu bukanlah senang, apatah lagi mudah untuk kita tuturkan dari segi tafsiran mahupun pelaksanaan,kerana ia memerlukan pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan ini bukan saja tertumpu pada infaq harta mahupun tenaga,bahkan juga jiwa dan raga juga terpaksa di korbankan demi MardhoTILLAH...Pesan ana,jangan lah mudah mengatakan kalah dalam perjuangan.. Berjuang lah dan terus berjuang...!
Sahabat,
Baru-baru ini,ana telah di jemput ALLAH SWT ke sebuah tempat yang tak pernah ana jangkakan...sebuah tempat yang penuh dengan erti kedamaian,penduduk nya berpusu-pusu dalam beribadah,mereka semua mencari REDHA ALLAH..! SUBHANAALLAH...!!!
Jemputan ini bukan lah di rancang ana,TAPI ALLAH MAHA TAHU akan urusan hamba-hambaNYA..DIA telah membawa ana menjelajah kembara sufi di sebuah perkampungan yang agak terpencil di Selangor. Penduduk di sini saling bekerjasama,mereka tidak mementingkan diri,sangat mementingkan ukhwah di kalangan mereka, hinggakan ana yang baru datang pun,terasa seakan sudah lama menetap di situ..! kami seperti adik beradik...Saat itu ana terfikir,mungkin ini lah gambaran persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar yang RasulULLAH SAW padukan semasa berhijrah.
Ana tidak lepaskan peluang untuk mengikuti solat berjemaah di situ,kelihatan ramai jema'ah yang datang memenuhi ruang soff hadapan...golongan tua dan dewasa mahupun kanak-kanak membentuk soff dengan teratur tanpa perlu di ajak kehadapan...bau minyak attar dari soff Muslimin menjadikan suasana solat lebih tenang..apatah lagi suara imam yang sangat merdu dan fasih bacaannya... sebelum masuk waktu,mereka isikan dengan selawat dan zikir..selepas solat,mereka dirikan solat-solat sunat beserta sujud syukur...ana tergamam apabila selesai beribadah masing-masing membuat halaqah dan berzikir secara beramai-ramai...bukan untuk satu solat fardhu sahaja tapi untuk setiap solat fardhu...! Masya ALLAH...
ana amat insaf,apabila melihat golongan tua yang khusyu' beribadah kerana ALLAH... ini lah tarbiyah daripada ALLAH pada ana...ALLAHU YA WAHHAB....
Setakat ini sahaja perkongsian ana buat sahabat-sahabat FILLAH,moga-moga ALLAH meletakkan kita di kalangan hamba-hambaNya yang kuat beribadah dan mencari REDHA ALLAH SWT...ingat lah sahabat sekalian,IKHLASKAN LAH NIAT DALAM SETIAP PERKARA,yang penting REDHA ALLAH,KALU ALLAH TAK REDHA,SEMUANYA TAK BERGUNA LAGI...
WassalamULLAH....SALAM MIN Srikandi Abu Bakar.....

Template by:
Free Blog Templates