Tuesday, September 28, 2010

Nuurun 'ala Nuur

Ya Allah,

Andai aku mampu meluahkan segala isi hati ku,

Yang sekian lama aku simpan rapi…

Lantaran kepercayaan ku pada Mu…

Bahawa…

Setiap ujian itu di beri pada kadar kemampuan ku..

Nescaya,meraunglah hati pada kesedihan di jiwa,

Aku bukan lah insan kuat…

Yang mampu menompang onak duri ujian Mu…

Aku jua bukan nakhoda yang berjaya,

Yang mampu belayar melawan samudera….

Ya Allah….

Aku juga bukan seorang pejuang…

Yang terus menerus menerkam musuh di hadapan…

Aku hanya lah seorang hamba yang selalu terumbang ambing iman nya…

Yang selalu bertaubat lantaran terlalu banyak nya dosa….

Ya Allah…

Air mata ini deras mengalir di lubuk hati,

Kadang kadang menjelma di ruang mata yang redup..

Senyuman ini..adalah lakaran kepedihan yang terpendam…

Tanda redha pada ujian…

Ya Allah..

Aku percaya pada Mu…akan segala yang Engkau taqdirkan…

Pimpinlah daku,berikan lah hidayah dan tuntuni lah aku…

Dalam gelap mahupun cerah,dalam sesat mahupun terarah..

Genggam lah hati dan jiwa ku…

Yakin kan lah aku dengan Nuur Mu..

Akan menyinar tika kelam dan suram mula bertapak,

Kerana aku mahukan cahaya di atas cahaya Mu…

Nuurun ‘ala nuur…

1 comments:

Muhamad Alihanafiah b. Norasid said...

Hati ini bisa saja tersentuh apabila membaca artikel ini disusuli dengan iringan lagu ALHAMDULILLAH. Teruskan menggubah simfoni sufi. Alhamdulillah ya Allah... Kerana menghadirkan ketenangan dalam lubuk hati ini, tatkala menyedari hakikat diri ini yang hanyalah merupakan seorang HAMBA yang hina...

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates